9 Barang yang dibawa apabila migrate ke luar negara



Berhijrah ke luar negara bukanla sesuatu yang mudah. Nak pindah pejabat atau pindah rumah pun dah pening.Inikan pula migrate. Kalau boleh SEMUA kita nak bawa namun apakan daya ianya perkara mustahil.

Terngiang- ngiang di telinga saya  kata2 Arwah nenda saya sewaktu ibu saudara saya tengah kalut nak pack barang2 makanan Malaysia untuk di bawa ke Hong Kong.

Nenda : Apa yang kau sibuk2 bawa barang2 ni. Kat sana tak jual ke?
Ibu Saudara: Ada…..tapi tak sama dengan barang buatan Malaysia.
Nenda: Dah kau nak sangat duduk luar Negara, makan la macam orang luar Negara.

Terkekek kekek saya gelakkan ibu saudara saya ketika itu. Nah…. Sekarang tiba waktu saya pula. Memang rasa nak bawa SEMUA. Rumah pun kalau boleh dibungkus mahu juga.

Senarai barang ni bergantung kepada individu dan negara mana kita nak pergi. Kalau setakat Malaysia ke Singapore atau brunei mungkin tak berapa susah. Jika anda sering melancong ke luar negara, mungkin anda dapati senarai barangan migrate mempunyai persamaan.Cumenya lebih detail lagi kerana anda akan berada lama di sesebuah negara. Saya kongsikan apa barang2 yang saya bawa semasa mula2 migrate.



1)      DOKUMEN PERIBADI. Ini paling penting. Kalau barang2 yang lain  masih ada dijual di New Zealand tetapi tidak dokumen peribadi ye. Kami himpunkan satu beg hand luggage untuk semua dokumen peribadi.sebab sangat penting kan.

No
Item
1
Tiket penerbangan – xde tiket xboleh terbang oi….
2
Paspot – buku merah jangan lupa bawa.
3
Insurans –perjalanan
4
Gambar Paspot
5
IC
6
Bank Kad debit / kredit
7
Sijil Pelajaran,Nikah,
8
Rekod perubatan
9
Buku imunisasi
10
Rekod pekerjaan
11
Slip Gaji
12
SNP Rumah / Geran
13
Buku bank
14
Lesen memandu
15
Gambar keluarga
16
Bil Utiliti rumah Malaysia

Saya tempah tiket penerbangan seelok2 nya 6 bulan awal. Saya juga memilih waktu hujung musim sejuk kerana saya dapati harganya lebih murah berbanding musim2 yang lain. Oleh itu saya pack sekali pakaian sejuk.



2)      PAKAIAN – Pakaian melambangkan budaya dan bangsa. Walau di mana pun kita berada haruslah kita berbangga dengan budaya dan bangsa kita kan. We can choose our faith but not race. Saya bangsa Malaysia. Tak perlu menjadi orang lain. Just be yourself because you are beautiful.ha… gitew. Senarai pakaian yang kami bawa seperti berikut:

No
Item
Kuantiti
1
Tudung dan anak tudung
sekodi
2
Pakaian pejabat – tops dan slack
10 pasang seorang
3
Pakaian tidur
3 pasang seorang
4
Pakaian sukan
2 pasang seorang
5
Pakaian renang
1 pasang seorang
6
Stoking
10 pasang seorang
7
Sarung tangan winter
1 seorang
8
Jaket winter – down jacket
1 pasang seorang
9
Fleece Jaket
2 pasang seorang
10
Kerongsang
Satu papan
11
Tali Pinggang
3
12
Tali leher
3
13
Topi
2
14
Kasut Sukan
Sepasang seorang
15
Kasut pejabat
Sepasang seorang
16
Selipar
Sepasang seorang
17
Telekung
3 pasang
18
Kain pelikat
5 helai
19
Kain Batik
2 helai
20
Sejadah
3 helai
21
Baju melayu,samping, butang baju melayu
3 pasang
22
Baju kurung
3 pasang
23
Seluar jeans
3 pasang seorang
24
Tshirt
5 pasang seorang
25
Beg tangan wanita
3
26
Bagasi
6 – 4 besar, 2 hand luggage
27
Tuala
3
28
Boots
1
29
Cermin Mata tambahan dan cermin mata hitam
1 seorang

Cermin mata tambahan adalah perlu bagi sesiapa yang memakai cermin mata jika anda merancang untuk memandu di New Zealand. Cermin Mata hitam diperlukan bukan sekadar bergaya.Matahari di sini sangat terik. Jadi cermin mata hitam pun tersenarai dalam barang2 yang henda di bawa



3)      MAKANAN (Comfort Food). Semua orang ada comfort food masing2.Memang ada dijual di kedai Asian di sini.Tetapi sebagai permulaan, kami bawa juga la serba sedikit seperti di bawah:

No
Item
Kuantiti
1
Ikan Bilis
1kg
2
Udang Kering
500g
3
Kicap
3 botol besar
4
Belacan
2 buku
5
Maggi
2 packs
6
Keropok Keping
2 packs
7
Kiub Ayam
10papan
8
Serbuk Santan
10 peket
9
Gula Kabung
10 kiub
10
Lada Hitam Sarawak
1 botol
11
Asam Jawa
1 peket
12
Asam keping
1 Paket
13
Botol air kosong
1

Botol air kosong diperlukan untuk mengisi air selapas mendarat di airport. Anda boleh juga bawa sambal goreng dan sebagainya, cume pastikan semuanya berlabel.Ini bagi memudahkan urusan imigresen. Declare semua barang2 anda dan disarankan buat senarai barang yang anda bawa.


4)      BUKU

No
Item
Kuantiti
1
Al Quran
1
2
Muqaddam / Iqra
1
3
Buku pendidikan Islam
1
4
Surah Yasin / Maksurat
1
5
Rehal
2
6
Buku Novel
3 ( dibaca dalam pesawat)
7
Tasbih
1

5)      PERALATAN MANDI – Ini juga barang2 yang ada dijual di sini.cumanya saya bawa juga kerana ialah keperluan peribadi. Ketika baru sampai di Negara orang, kita belum tahu lagi selok belok tempat tersebut. Tak mahu kelam kabut.tambahan pula jika anda ada anak kecil.

No
Item
1
Berus Gigi, Ubat gigi
2
Sabun Mandi
3
Syampoo
4
Skin Care
5
Cotton buds
6
Cotton pads
7
Pengetip kuku
8
Sikat
9
Tuala Wanita

6)      ELEKTRONIK – Kita hampir tak boleh hidup tanpa barang2 elektronik. Kita mahu sentiasa dapat dihubungi atau menghubungi orang2 yang tersayang.

No
Item
1
Smartphone. Dual sim. Dual sim kerana kita boleh letak 1 sim kad Malaysia dan 1 sim kad New Zealand. Di New Zealand tak ada jual handphone dual sim setakat ini.Elok la beli di Malaysia
2
Laptop
3
Universal adaptor. plug di sini berlainan dengan Malaysia.
4
Charger
5
Kamera dan chargernya



7)      UBAT – Saya bawa ubat ubatan basic seperti paracetamol,ubat batuk,ubat selsema, minyak gamat,vicks sebagai langkah berjaga2.Pastikan semua ubat disimpan dalam bekas dan berlabel. Dan tak perlu bawa banyak.Label adalah perlu kerana di New Zealand / Australia mempunyai biosecurity counter. Disarankan ubat dan makanan di letakkan satu beg bagi pemeriksaan oleh pihak imigresen. Details tentang biosecurity New Zealand di sini:

               https://www.mpi.govt.nz/travel-and-recreation/arriving-in-new-zealand/




8)      MAINAN – bagi yang ada anak kecik. Saya berikan satu beg sandang untuk anak saya pilih sendiri mainan yang ingin di bawa.hanya 1 bag sandang.alat mainan berbentuk senjata seperti pistol adalah diLARANG pihak imigresen.        

                  

Akhir sekali perkara ke 9 yang jangan lupa ialah bawa DUIT. Anda mempunyai pilihan untuk membuka dahulu akaun bank New Zealand di Malaysia, dan transfer duit anda sebelum anda migrate. Pelbagai bank yang menawarkan perkhidmatan ini dan semuanya atas talian sepert BNZ, ANZ , kiwibank dan sebagainya. Anda juga boleh bawa cash maksima NZD10k seorang tetapi harus declare di imigresen. Pihak imigresen mahu tahu dari mana punca wang tersebut samada dari simpanan,jualan property dan sebagainya. Saya memilih cara membawa cash.ini kerana saya mahu menjimatkan kadar charge pertukaran mata wang oleh pihak bank. keduanya, saya dapati kadar pertukaran wang di money changer Malaysia adalah lebih murah berbanding di New Zealand. 

Kesemua 9 perkara diatas menjadi barang keperluan saya sebelum migrate atau berhijrah. Ia menyenangkan urusan perjalanan saya sekeluarga agar urusan migrate saya menjadi lancar.

Comments

  1. Bring me to NZ..bila boleh migrate jugak ni..����

    ReplyDelete
    Replies
    1. :).dulu mcm korang juga.tu yg share experience.

      Delete
  2. kicap bilal hehe.. good luck bebeh di sana..
    baca entri ni membuak2 rasa nak migrate... huhu
    apakan daya, belum rezeki ��

    ReplyDelete
  3. Waaah... Moga terus success disana Sam!! Muaaah!!!

    ReplyDelete
  4. Yeahhhh ..sekarang tengah study semula post yang ni..where is my bag..? ��

    ReplyDelete

Post a Comment