Dari Malaysia ke New Zealand : Skilled Migrant Category Resident Visa Part 1

Dari Malaysia ke New Zealand : Skilled Migrant Category Resident Visa Part 1
Eh, macam mana nak migrate ke New Zealand? Senang ke susah? Guna Agen? Berapa kos? Banyak sungguh soalan begini saya dapat dari teman2 dari Malaysia. Oleh itu saya kongsikan pengalaman saya sendiri disini.
Mula-mula sekali kami (saya dan suami) ambil tahu macam mana nak masuk ke New Zealand? Cara utama adalah menggunakan visa. Ada pelbagai jenis Visa untuk ke New Zealand, antaranya:

·         Visitor visa (Visa pelawat/pelancong)
·         Student visa (Visa pelajar)
·         Working Holiday Visa (Visa kerja bermusim)
·         Silver Fern Visa (Visa sementara untuk mencari kerja)

dan macam2 lagi.

Maklumat ini semua boleh je anda dapati daripada website NZ immigration itu sendiri https://www.immigration.govt.nz. Di ruangan ini saya ingin kongsikan pengalaman perjalanan saya mendapatkan Skilled Migrant Category Resident Visa ini menggunakan passport merah.

Disclaimer: Sebelum itu, saya tegaskan saya tidak berniat untuk menggunakan pengalaman peribadi saya untuk tujuan memberi sebarang nasihat, pertolongan, atau mewakili anda tentang urusan permohonan visa anda.Bukan tak mahu…. Tapi tak boleh kerana tertakluk di bawah akta Immigration Advisers Licensing Act 2007. Blog ini adalah sekadar perkongsian pengalaman dari perspektif saya sendiri.

Mengapa saya pilih Visa ini?
Setiap keluarga atau individu rasanya ada objektif atau keadaan yang mereka mahukan bila nak migrate. Jadi, Kami memilih visa adalah dengan mengenalpasti visa yang manakah yang menepati kriteria berikut:

Membolehkan saya dan suami mencari pekerjaan
Untuk cari makan lah. Kalau kami sukar untuk mendapatkan pekerjaan, migration ini menjadi mustahil bagi kami.  Kerana perbezaan matawang yang agak besar, menampung kehidupan harian menggunakan hasil RM adalah pilihan yang tidak sesuai. Jadi, kami mesti mula mendapatkan punca pendapatan dalam NZD secepat mungkin.

 Jadi visa berikut tidak sesuai:

-           Student Visa (xboleh berkerja professional, kena belajar aje)
-           Working holiday visa (Umur mesti kurang 30 tahun….ala… dah lepas!)
-           Silver Fern Visa (Kena apply sorang2. Takleh bawa keluarga. Keluarga kena apply visa lain plak)
-           Visitor Visa ( ini utk melancong aje.)

Membolehkan kami sekeluarga berhijrah bersama-sama
Kami berpendapat “home is where your family is”. Dalam kata mudah kami tak mahu berpisah. Tak mahu suami di New Zealand, saya dan anak di Malaysia. Ini subjektif terhadap keadaan dan individu ye. Kami begini orangnya.  Kami mahu visa yang membolehkan seluruh keluarga kami datang bersama2 ke New Zealand dan yang berkemungkinan paling tinggi untuk diluluskan. Saya tidak mahu mengambil risiko mengeluarkan wang beribu-ribu, kemudian visa ditolak.  Ye betul…, beribu2 Ringgit.

Pilihan yang paling kurang risiko ketika di New Zealand nanti
Kami juga mahukan Visa yang boleh cover soal perubatan, pendidikan anak. Agak berisiko kalau dah berada di sana nanti, soal perubatan menjadi masalah. Anak sakit, kena bayar mahal sebagai pesakit luar. Dahla duit takde. Undang2 new Zealand juga mewajibkan setiap kanak2 yang berusia 6 tahun mula bersekolah. Jadi kalau anak kami tiada taraf ‘residence’, persekolahan juga jadi mahal dan susah nanti. (untuk yang tiada anak, boleh abaikan le).
Objektif dan keadaan mungkin berbeza bagi setiap keluarga dan individu. Ini keadaan dan keperluan kami.
Setelah puas melihat kriteria2 visa yang ada, yang dipilih dan difikirkan paling sesuai adalah:

Residence visa- skilled migrant category.
Visa resident ni memenuhi kriteria kami. Tapi…, adakah kami memenuhi kriteria untuk memohon? Visa ini sesuai untuk mereka yang sudah mempunyai pengalaman dalam skill/kemahiran tertentu. Ada 5 bidang utama yang sangat diperlukan iaitu bidang IT, Engineering, Contruction, Medical dan Agriculture. Alhamdulillah… bidang kami tersenarai dalam bidang yang diperlukan di New Zealand.

Boleh semak sama ada bidang anda tersenarai dalam skilled category di sini http://skillshortages.immigration.govt.nz

Menyemak syarat dasar?
Sebelum tangan saya tekan click and enter, Saya semak dulu syarat2 minimum dan perkara2 yang diperlukan untuk memohon visa resident ni.

1)       Umur di bawah 55. -  Cun. Eh… kami dua2 muda lagi.hehehe. Syarat ini perlu dibuktikan dengan surat beranak. Kami ke Jabatan Pendaftaran Negara untuk menukar surat beranak Saya dan husband ke surat beranak dwi bahasa.Yang warna hijau tu. Kosnya dalam rm15 seorang. Kemudian, kami hantar buat  translation juga. Kami hantar ke Malay translator Officer di Mahkamah Majisteret / Seksyen di Shah Alam . Masa nak buat urusan ni baru tahu.

2)       Sihat tubuh badan, Alhamdulillah, kesihatan baik. Ini boleh dibuktikan dengan medical checkup di tempat yg telah ditetapkan oleh immigresen. Pada peringkat ini kami tak perlu buat dulu.

3)       Berkelakuan baik – Mestilah kami baik tau. Tak pernah merompak,bunuh org, menyamun ke hape.heheheh. Syarat ini untuk 18 tahun ke atas. Kami mohon di  Kementerian Luar Negera di Putrajaya. Tak perlu buat awal2 juga. Kementerian hanya ambil masa dlm 10 hari. Sijil berkelakuan baik (Certificate of Good Conduct) akan dikeluarkan oleh pihak kementerian.

4)      Fasih Berbahasa Inggeris - berbahasa Inggeris dengan baik . Nak kata kami hebat berbahasa Inggeris tu tidak la….tapi lepas la. Syarat minima IELTS adalah band 6.5. Ada mcm2 jenis ujian English ni IELTS, TOEFL, PTE. Kami pilih IELTS general (IELTS ada general atau academic) sebab releven dan sesuai untuk kami. Nak ambik IELTS academic susah dan tidak perlu. So, xpayah membuang peluh.
Dalam website immigration NZ sudah tersedia point calculator tools. Jadi Saya ‘Play around’ sahaja di situ untuk menentukan samada cukup atau tidak point kami (Nak guna khidmat ejen rasa mcm tak mampu) Visa ini mengikut point base system. Sewaktu saya memohon pointnya adalah 140 sahaja. Sejak August 2017, point basenya telah diubah kepada 160.

Secara umumnya, Memohon Skilled Migrant Category Resident Visa ini mempunyai 4 langkah utama iaitu 
  • Memohon Expression of Interest (EOI)
  • Invitation to Apply (ITA), 
  • Application to Residence dan 
  • Application Decision 
Akan saya ceritakan perjalanan saya satu persatu. Sabar ye…. Dari pengalaman saya, Saya mengambil masa hampir satu tahun dari langkah pertama ke langkah keempat kerana saya dan suami belum ada tawaran pekerjaan lagi masa itu.
Seterusnya nanti saya akan kongsikan tentang langkah pertama memohon – Memohon Expression of Interest (EOI).

Comments

  1. Tak sanar nak tunggu part 2! ����

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you sudi baca. Kalau berminat ngan blog ni boleh subscribe juga.

      Delete
    2. kalau boleh add di fb? senang nak communicate. my husband missed the chances for Silver Fern today due to the congested network, tapi takpe Allah dah tentukan yang lebih baik :)

      Delete
    3. Hi Diana, terima kasih kerana membaca blog saya. kalau ada sebarang pertanyaan, boleh email terus ke routetokiwi@gmail.com. Semoga lancar segala urusan

      Delete
  2. Bila nak melawat abg kawasan ni. Fendi dah mula plan dgn hafiz tu nk kesana. Korg dah round2 ke.

    ReplyDelete

Post a Comment