Dari Malaysia ke New Zealand : Skilled Migrant Category Resident Visa Part 2

Langkah Pertama : Expression of Interest Submission:

Alhamdulillah. First Entry ttg Visa Resident Skilled Migrant Category Part 1  mendapat sambutan yang baik. Terima kasih pada yang comment dan sharekan link blog saya. Oleh itu boleh la saya sambung lagi Part 2 tentang Langkah Pertama.










 

  


Di entry saya Part 1, saya telah tulis secara ringkas 4 syarat dasar iaitu Umur, Sihat, Baik, dan Fasih berbahasa Inggeris. Saya juga ada tuliskan tentang ‘Play around’ point Calculatornya terlebih dahulu. Sistem point ini digunakan sebagai tapisan pertama untuk memilih migrant yg berpotensi.

Cukup tak point – Self Assessment?

Sewaktu kami mohon visa ini pointnya 140 cukup untuk masuk pool dan dipilih secara otomatik. Kami claim 145 points. Saya ikut nasihat kawan2 yang telah pun migrate ke NZ, Tak perlu banyak2. Asal lepas syarat sudah.sebab takut nanti masa nak membuktikan point kita tu susah pulak.

Point kami mengikut system lama:

Item
Point
Umur
25
Taraf Pendidikan Suami
60
Pengalaman Kerja
40
Taraf Pendidikan saya
20
Total
145

Ala…. Ko dah lepas. Kitorang belum lepas lagi mcmana nak dpt 160? Mesti ada yang kutuk saya dlm hati tu kan? Hehehehe. Sabar… bertonang Milah. Rezeki tu Allah yang beri.

Ini Jadual point mengikut system baru:




Untuk Syarat yang baru ni, Imigresen NZ dah beritahu , kene berkerja atau tawaran bekerja melainkan kalau ada Ijazah Sarjana atau Doktor. Tiada apa yang mudah dan datang bergolek tanpa usaha. Perlu ada kecekalan / perseverance.


Dipetik dari  Self-Assessment Guide for Residence in New Zealand INZ 1003



Seterusnya, lepas point cukup, exam IETLS pun lepas syarat band 6.5 ke atas bg saya dan suami, mula lah saya nak mengisi Expression of Interest form. Cumanya, Siapa yang nak jadi Main Applicator? Saya atau Husband? Kami berdua graduate IT dan berkerja dlm bidang IT. Tp saya rasa pengalaman kerja Husband lebih IT dari saya. Hahahahah. Ape tu? Saya pernah berkerja dlm industry kewangan tp suami mmg industry IT. Jadi itulah maksudnya dia lebih IT.  

EOI Form
Saya buka online form nya di link ini https://onlineservices.immigration.govt.nz/?EOI . Sebagai pengguna baru, mcm biasa lah saya daftar sebagai penguna baru dan create login dan password. Setelah login dan password dibuat, saya boleh la menyemak status dalam account saya. Mudah! Sap Sap Soi.


Section A : Maklumat peribadi Pemohon Utama (Main Applicator) – Part ni  saya rasa mudah je sebab perlu isi tentang maklumat diri seperti Nama, Jantina, Tarikh Lahir, Tempat lahir No Surat Beranak, kewarganeraan, No passport, tarikh luput passport, alamat, Status perkahwinan.

Surat Beranak – Kami buat surat beranak dwi bahasa (warna hijau). Buat pada peringkat ITA pun boleh sebab immigration xminta lagi dokumennya.

Passport – Pastikan tarikh luputnya paling minimum 2 tahun. Elok la buat baru dahulu kalau passport dah nak sampai tarikh luput. Mujur hanya paspot suami sahaja yang perlu di perbaharui.Saya dan anak punya masih panjang lagi.


Section B: Character: part ni related dengan berkelakuan baik. Di step ini saya hanya perlu declare sahaja, . Make sure takde melakukan jenayah ,atau menunggu dakwaan atau perbicara mahkamah. Check and Tick.settle.

Section C: Health : part ini juga mudah. As long as takde penyakit kronik. Part ni nak auta pun xboleh sebab nanti kena buat medical check up.

Section D: Fasih Berbahasa Inggeris. : Dalam part ni perlu dimasukkan jenis exam, tarikh exam dan keputusan. Sebab itu perlu laksanakan dahulu IELTS ni.

Section E: Skilled employment in New Zealand – Kami xde pengalaman bekerja di NZ jadi biarkan kosong je. hmmmm sedey.

Section F:  Recognised qualification(s) – Kami kena semak dahulu samada kelulusan kami, di’recognised’ oleh NZ atau tidak. 

Semak kat sini: https://www.immigration.govt.nz/opsmanual/35171.htm

Setelah kami semak, qualification kami tak perlu buat assessment. Dapatlah kami jimat sikit kos di sini.

Section G Skilled work experience : Bahagian ni saya pulun habis2. Kat sini lah kami nak collect point sebab kami xde point di bahagian tawaran kerja. Jadi kami perlu senaraikan semua pengalaman kerja yg termasuk dlm skill itu. Kalau grade IT tp kerja Risk Management, pengalaman tu tak boleh kira ye. Sebab ini la juga kenapa kami decide Husband sebagai main applicator. Jawatan yg pernah disandang semuanya under skill yg diperlukan. Yang penting, kena pastikan kita ada semua maklumat ttg work experience kita. Habis segala file kami selongkar nak kumpulkan surat tawaran kerja,Surat akuan majikan, contact detail semua majikan,Job Description,Slip gaji sebagai bukti bila dipinta pada peringkat seterusnya nanti. Walaupun EOI tidak minta dokumen2nya lagi, adalah bijak saya rasa kalau kita pastikan dulu kita ada semua maklumat.Biar lambat asal selamat. Bayangkanlah kalau kita claim pengalaman kerja kita, tetapi tak boleh nak buktikan nanti.Takut silap2 dituduh menokok tambah atau memalsukan maklumat pula.oooo takut. Tips ini untuk semua Section juga seperti maklumat peribadi, berkelakuan baik, taraf pendidikan...etc

Section H – T seterusnya perlu saya isi maklumat tentang diri saya dan anak pula.  Mmg ambil masa yang lama nak mengisi borang ni.Oleh itu suasana yang aman damai amat membantu. Selepas semua maklumat saya isi, memang berkali kali saya semak.


Ada panduan dan tips mengisi EOI ini lengkap juga di websitenya Imigresen NZ.  Salah satunya ada dalam file INZ 1101. Saje la… xmo bagi tahu awal2.nanti tak baca plak blog saya. Heheheh. Jangan marah.

https://www.immigration.govt.nz/new-zealand-visas/apply-for-a-visa/tools-and-information/forms-and-guides/live-permanently

Kos:
Saya yakin pasti ada yang tertanya2 berapakah kos untuk memohon visa jenis ini? Dalam Part 1, saya kata beribu-ribu. Tapi saya x keluarkan sedepuk. Skit2 ikut peringkat. Fee untuk EOI boleh dibayar secara kredit kad visa atau master sahaja. Kalau xde kredit kad, poie la buek sebab wang pos,bank deraf semua xlayan. 




Setakat ini :
Perkara
Kuantiti
Kos per unit
Jumlah
IELTS
2
MYR 750 (sekarang RM845)
MYR1,500.00
Surat Beranak
2
MYR15
MYR 30
Passport Suami
1
MYR200
MYR200
EOI
1
NZD 530
NZD530 (RM1,696)

Total~MYR2260 (ikut fx)

Hantar!
Selepas semua maklumat dlm borang disi dan setelah kami semak 44 kali dan berpuas hati maka kami pun Click Submit!

Kemudian…. Tunggu untuk Invitation to Apply (ITA) yang dilakukan setiap 2 minggu. Apakah yang akan terjadi selepas 2 minggu?



Comments

  1. mudah nak baca proses. terasa mcm kita yg berada dlm situasi permohonan ni. orang yg gigih dan tekad pasti boleh. good luck abg n akk kawasan! hehehe.. cuaca katsana tgh salji ke? bestnya main ski.

    ReplyDelete
  2. tq for this blog. banyak boleh belajar. i am planning for future :)

    ReplyDelete

Post a Comment