Dari Malaysia ke New Zealand: Skilled Migrant Category Resident Visa Part 3


Langkah Kedua : Invitation to Apply (ITA)




Time is relative mengikut teori Albert Einstein. Walaupun semua orang diberi masa 24 jam sehari, tapi tidak sama. Terkadang rasa masa itu pantas berlalu. terkadang sangat lama. 2 minggu waktu yang perlu kami tunggu untuk mendapat keputusan sangat mendebarkan. Macam lagu Kumpulan Kotak. Tik tik tik, waktu berdetik…Kami hanya keep positive. Bak kata omputih, ‘No news means good news’.

Akhirnya pada Tarikh 17 May 2016 kami akhirnya menerima ‘Invitation to Apply’ (ITA) melalui email. Pastikan check juga bulk email. Syukur…. Alhamdulillah.Nak seronok yoyoan pun belum boleh sangat. Yang penting baru lepas tapisan pertama. Fuh….Lega.



Tarikh menerima ITA ini sangat penting.Kena take note betul – betul. Ini kerana 4 bulan dari Tarikh menerima ITA adalah Tarikh tamat untuk menhantar semua dokumen yang diminta. 4 BULAN SAHAJA. Mungkin rasa seperti lama. Tetapi percayalah, tak boleh buang masa, sebab BANYAKKKKKK sangat dokumen yang diminta oleh pihak imigresen NZ.



Di dalam email ITA, akan disertakan sekali Form to Submit ITA. Form ini adalah berbeza mengikut profil anda. Maksudnya pihak immigrasi sudah meneliti dahulu (pre assessment) profil anda sebelum di ‘customisekan’ formnya. Apa yang anda claim semasa EOI submission, buktinya harus disertakan di sini.



Penyediaan Kertas Kerja:
1)      Fee : Fee untuk ITA submission pada masa ini ialah US2,222.00. Dalam RM kena ikut kadar pertukaran wang pada saat anda melakukan transaksi. Pastikan anda mempunyai kredit kad dan limitnya cukup ya. Untuk kadar fee terkini boleh semak di sini:

https://www.immigration.govt.nz/new-zealand-visas/apply-for-a-visa/tools-and-information/tools/office-and-fees-finder
2)      Gambar paspot : Sediakan semua gambar paspot terkini untuk semua ahli keluarga dalam application.

3)      Birth Certificate:
i-                    Anda boleh membuat surat beranak dwi Bahasa (warna hijau) di jabatan pendaftaran negara. Walau dah dwi Bahasa, tetapi masih ada kekurangan.contohnya Jantina /Sex: Perempuan. Perempuan tu tak dwi Bahasa pula. makanya anda perlu juga buat translation
ii-                   Kami translate dokumen di Malay translator di Mahkamah Seksyen 6 Shah Alam.

4)      Paspot: Dalam surat memberitahu pastikan Tarikh tamat paspot lebih dari 12 bulan.tapi kami fikir, takut susah plak kalua paspot dah nak expiredkan. Mujur hanya paspot suami yang perlu diperbaharui.

5)      Relationship evidence: Ada satu lagi borang tambahan untuk membuktikan status perkahwininan. Dokumen ini agak rumit.

  


i-           Sijil Nikah.Sijil nikah Melayu Malaysia dalam Bahasa melayu.Siap ada tulisan jawi sikit2. Oleh itu anda perlu jugamembuat translation sekali dengan birth cert tadi.

ii-                S&P rumah atau Agreement sewa rumah yang jelas dengan Nama,IC,alamat

iii-              Join Insurance Policies: Anda boleh gunakan apa sahaja insurance yang mempunyai maklumat anda sekeluarga, contoh seperti insurance nyawa,insurance perubatan,insurance motor (masukkan nama pasangan sebagai pemandu kedua)

iv-              Loan rumah bersama atau statement bank akaun bersama.Immigresen bukan nak lihat jumlah wangnya berapa, tetapi sekali lagi nama dan alamat.

v-               Gambar –sertakan 6 keping gambar keluarga anda yang bahagia sakinah mawardah sekali.hehehe. Antaranya Gambar kahwin,gambar percutian keluarga, gambar di rumah, gambar raya

vi-             Utiliti Bil – Anda sertakan Bil TNB,bil telefon, bil Astro yang menunjukan nama dan alamat tinggal yang konsisten. Original sahaja.

vii-           Surat reference dari teman – Yang ni kami beri ucapan terima kasih pada teman2 kami yang sudi menulis tangan (jangan taip) surat pengakuan yang kami ni betul2 suami isteri. Contoh surat sokongan ini anda boleh lihat di internet juga. Antara isi penting, teman atau kawan anda boleh ceritakan saat dia mengenali anda dan pasangan (rakan sekerja/sekuliah/sepupu) dan bagaimana pandangannya tentang hubungan anda contohnya melihat anda menghadiri majlis kawin teman, family gathering dan sebagainya.

viii-         Email / Whatsapp suami dan isteri. Ini bagi membuktikan yang anda dan pasangan sentiasa berhubung walaupun kemungkinan anda dan pasangan tinggal berasingan/ weekend spouse. Contoh : Suami kerja di dengan syarikat perkapalan ke.

ix-             Bukti tiket penerbangan atau pakej percutian keluarga. Anda bolehlah sertakan tiket penerbangan yang menunjukan , nama,ic,paspot dan tarikh.Seeloknya berikan yang terkini.


6)      Qualification – Setelah diteliti semula di sini: https://www.immigration.govt.nz/opsmanual/35171.htm

Ternyata kami ada membuat kesilapan. Qualification saya tak termasuk dari senarai yang dikecualikan / exempted kerana graduate pada September 2005. Hanya 2006 ke atas yang dikecualikan. Terawal graduate 3 bulan pula. Sepatutnya kami lakukan IQA semasa di peringkat EOI. Mujur dalam customise form ada mohon partner qualification. Oleh itu kami request dahulu sijil Pendidikan sayan untuk di access oleh NZQA. Sistem NZQA sangat mudah, ada dipaparkan timeline status semakan sijil Pendidikan. Maklumat terperinci boleh disemak di sini:

http://www.nzqa.govt.nz/qualifications-standards/international-qualifications/international-qualifications-assessment/



Menurut website NZQA terkini, sekarang ini tidak dikeluarkan lagi assessment melalui kertas mulai 7 December 2017. Semuanya digital. Kami mengambil masa dalam 1 bulan untuk mendapatkan IQA walaupun timeline nya 35 hari berkerja (almost 2 months). Amat penting untuk melalukan proses ini dahalu kerana ia mengambil masa yang agak lama.

7)      Work reference – Bukti Pengalaman pekerjaan di sini tidak mudah ye. Perlu ada:
• Surat Akuan Majikan – Minta pada HR syarikat anda
• a detailed job description (JD) -
•  Surat tawaran pekerjaan (an employment agreement entered into by you and the employer, stating: – the terms of your employment, including whether the position is full-time, the length of employment offered and the salary or wages offered; and

8)      English Language proficiency – Disertakan sijil EILTS sini.

9)      Police certificate –  Dokumen ini jika di Malaysia, boleh dimohon online dengan Kementerian Luar Negeri. Prosesnya mungkin mengambil masa 2minggu - 2 bulan.Oleh itu harus dilakukan ini juga awal2 bersama dengan IQA.Setelah siap, dokumennya boleh di ambil sendiri di Putrajaya. Layari webnya sini : http://www.kln.gov.my/web/guest/skb-form

10)   Medical Check up : Bahagian ni anda harus membaca lebih terperinci lagi dalam guide INZ 1007. Semua ahli keluarga mesti menjalani medical check up. Jagalah kesihatan anda betul2 sebelum melakukan ujian. Jika tak lulus berkemungkinan tersangkut permohonan anda. Doktor selalunya akan beri peluang sekali untuk mengulang ujian yang tak lulus. Masa saat ini kalut juga saya menjaga BMI.

SEMUA dokumen – dokumen di atas haruslah original ataupun telah di sah kan oleh Solicitor yang bertauliah. Ada kesilapan kami lakukan . Moga perkongsian ini manfaat buat pembaca.Nak jimat atau jimat duit punya pasal, kami minta pegawai kerajaan kelas A untuk certified true copy dokumen-dokumen kami. Terima kasih pada Pegawai tu. Sian dia kena stamp banyak-banyak. Mula2 stamp Bahasa melayu, kemudian stamp Bahasa Inggeris. Di Malaysia memang boleh kan. Tidak oleh immigration NZ ye. Oleh itu anda haruslah pergi ke pejabat lawyer yang bertauliah. Kos nya ikutlah company lawyer itu. Range dalam RM5-RM15 untuk SATU dokumen.

Rangkaan Kos seterusnya:
Perkara
Kuantiti
Kos per unit
Jumlah
IELTS
2
MYR 750 (sekarang RM845)
MYR1,500.00
Surat Beranak
2
MYR15
MYR 30
Passport Suami
1
MYR200
MYR200
EOI
1
NZD 530
NZD530 (RM1,696)
Print Gambar
6
MYR0.50
MYR 3
Gambar Passpot
3
MYR12
MYR36
Photostat

Tak kira.fotostat di ofis

Police Check up
2
MYR20
MYR40
NZQA submission
1
NZD746
MYR2,387.00 (fx 3.2)
Lawyer stamp

MYR5-MYR15
tak ingat berapa banyak. 
Medical Check up
3
MYR500 (dewasa)
MYR350 (kanak2)
MYR1,350.00
ITA Submission
1
USD2,222.00 sekarang NZD3,085*
MYR9,332.40 (fx 4.2)
Postage DHL
1
MYR200
MYR200


Memang boleh pengsan melihat kosnya. Tapi percayalah, semuanya berbaloi demi peluang perkerjaan luar Negara, pendidikan anak, perkhidmatan kesihatan dan berada di bumi Allah yang indah dengan udara dan air yang sangat bersih. Nilai wang itu amat sedikit jika dibandingkan apa yang akan anda dapat.

Setelah semua bapa segala dokumen siap dan sedia, semak lah beberapa kali sebelum membuat penghantaran postage. Pilihlah perkhidmatan courier yang dijamin bagus, biar mahal sedikit asalkan segala dokumen selamat sampai.

Kami mengambil masa lebih kurang 3 bulan untuk menyiapkan semua dokumen.  Tempoh menunggu 2 minggu sebenarnya sangat sekejap. Selepas menghantar ITA lah sebenarnya waiting game yang sebenar. Tunggu……………..






Comments

  1. list no.10 tu perangsang. kena jaga la BMI katsana. ada zumba x?

    ReplyDelete
  2. kalau x lulus, burn ke duit2 yg kita bayar tu... seram pulak.

    ReplyDelete

Post a Comment