Dari Malaysia ke New Zealand: Skilled Migrant Category Resident Visa Part 4
Hari hari check email dan cari perkerjaan. HARI HARI. I know it’s crazy. Begitulah keadaan kami sejak menghantar permohonan visa resident. The struggle and pain in waiting game is real. Setiap kali mendapat email dari imigresen sa….ngat mendebarkan. Pihak imigresen akan meng’email’ terus kepada ada untuk setiap maklumat terkini seperti, permohonan anda sudah sampai, perubahan dasar/ syarat2 permohononan visa dan sebagainya. Saat ini lah juga kami menerima email dari imigresen bahawa point sudah berubah dari 140 ke 160. Mujur kami sudah pun menghantar permohonan kerana point itu berkuat kuasa pada semua permohonan baru sahaja.
Buat pengetahuan, selepas permohonan visa dihantar, langkah seterusnya ialah menunggu diberikan pegawai imigresen khas (assigned officer) untuk permohonan anda. Assigned officer inilah yang akan menyemak permohonan anda. Dari bulan 26/8/2016 (tarikh permohonan di terima pihak imigresen) Kami mengambil masa selama 7 bulan menunggu diberikan assigned officer untuk permohonan kami.
Ini ada saya
ceritakan di Part 3. Semua dokumen yang dinyatakan di atas harus difotostet,dan
disahkan semula.Mereka tak terima pengesahan dari Pegawai Kelas A yang biasa.
Tambahlah lagi kos pengeposan.
2) Mendapatkan pengesahan majikan.
– Kami kira, dengan memberikan salinan surat tawaran kerja,surat
pengesahan,slip gaji, dan JD sudah cukup.Ternyata salah. Pihak imigresen mahu
berhubung terus dengan setiap majikan yang anda lampirkan. Samada secara email
atau telefon. Jika ada 5 tempat kerja di berikan semasa EOI, maka 5 la tempat
assigned officer anda akan buat verifikasi.Anda memerlukan kerjasama dari
Pegawai hubungan manusia (HR) di tempat kerja anda. Memang tanggungjawab HR
tetapi mereka juga ada pelbagai tugas yang lain. Bayangkan tempat pekerjaan tu
sudah lebih 5 tahun anda tinggalkan? Oleh itu pastikan maklumat yang anda berikan semasa EOI itu betul dan mudah diverifikasikan.
Apa terjadi jikalau tak mendapat kerjasama dari semua majikan?
Permohonan anda akan tergendala dan paling menakutkan jika assigned officer
anda beritahu dia tak dapat nak proses permohonan anda kerana tak dapat buat
pengesahan atau pengalaman pekerjaan itu tak dapat di kira.Takut menjejaskan
point.
Seterusnya, setelah maklumat yang diperlukan diberi.kami menunggu lagi….
Langkah Keempat : Decision
Akhirnya, setelah hampir
setahun melalui proses visa resident – skilled migrant category, Pada 25 May
2017, email yang ditunggu muncul juga. Permohononan kami diluluskan secara
principal. Alhamdulillah.
Begitulah serba sedikit maklumat atau pun perkongsian pengalaman kami sekeluarga memohon Visa Resident – Skilled Migrant Category.Semoga dapat memberi manfaat kepada pembaca. Bukanlah niat kami memberi nasihat kerana ada Ejen imigresen yang bertauliah untuk memberi nasihat. Perkongsian ini sebagai gambaran awal bagi mereka yang bercita2 untuk migrate ke New Zealand melalui visa jenis ini.Saya ucapkan semoga maju jaya.
Untuk sebarang soalan, bolehlah email ke routetokiwi@gmail.com atau comment di sini.
ada lagi kan part 5? hehehe
ReplyDeletetajuk lain pula
Deletekongsikan juga bagaimana cara mula2 menyewa rumah di NZ? sampai sana terus dapat peluang kerja ke?
ReplyDelete@I am Zuzu, ada saya kongsikan mcmana mencari rumah sewa. peluang kerja tidak dpt terus.
Deleteberapa lama grace period utk fully migrate ke NZ slps dpt approval tu?
ReplyDelete1 Year
DeleteSaya ingin sekali migrate ke nz dari dulu lagi itulah cita2 saya tp malangnya tidak kesampaian hingga saat ini😢😢😢
ReplyDeleteye ke.... knape tu
Delete